Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tujuh masih hilang selepas Osprey AS terhempas

    TOKYO, 30 NOV – Pengawal pantai Jepun berkata hari ini bahawa masih tiada tanda tujuh anggota Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) yang hilang kerana Osprey terhempas semasa latihan, dalam insiden terbaharu melibatkan pesawat tentera.
    Seorang yang tidak sedarkan diri ditemui di dalam laut dan kemudiannya diisytiharkan mati selepas pesawat itu terhempas di pulau Yakushima kelmarin tetapi tiada seorang pun daripada tujuh yang lain di dalamnya ditemui.
    “Tiada petunjuk mengenai orang hilang diperoleh,” kata pengawal pantai dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, lebih 24 jam selepas kejadian itu.
    “Pasukan penyelamat melakukan pencarian selaman hari ini selepas sonar mengesan objek dalam air tetapi hanya batu ditemui di dasar laut,” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa operasi akan diteruskan esok.
    Komando Operasi Khas Tentera Udara AS berkata CV-22B Osprey sedang dalam ‘misi latihan rutin’ keluar dari Pangkalan Udara Yokota di Jepun, dengan ‘punca kemalangan belum diketahui sekarang’.

    Serpihan yang ditemui dipercayai sebahagian daripada serpihan pesawat CV-22B Osprey Tentera Udara AS yang terhempas dibawa ke darat. – AFP

    Seorang pegawai pengurusan kecemasan di wilayah Kagoshima di mana nahas itu berlaku berkata polis telah menerima maklumat bahawa pesawat itu telah ‘mengeluarkan api dari enjin kiri’.
    Gambar yang dikeluarkan oleh pengawal pantai menunjukkan seperti rakit penyelamat berwarna kuning terbalik dan serpihan lain di perairan Yakushima, yang terletak di selatan pulau utama paling selatan Jepun, Kyushu.
    Imej-imej lain kemudian menunjukkan apa yang kelihatan seperti bahagian pesawat termasuk bahagian kipas berselerak dari bot nelayan hingga ke dermaga.
    Operasi mencari besar-besaran hari ini melibatkan enam kapal peronda dan dua pesawat serta polis dan penyelamat tempatan. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...