Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tumpang gembira untuk sahabat

    Kepada sidang pengarang dan para pembaca setia ruangan ini, sekadar ingin berkongsi pengalaman ku baru-baru ini, di mana pada kebiasaannya aku akan memulakan hari di ofis dengan secawan kopi dan menyemak beberapa senarai tugasan yang perlu diselesaikan.

    Namun, ada yang berbeza hari itu. Meja sebelahku, yang biasanya penuh dengan kesibukan, kini kosong tidak berpenghuni. Rakan sekerjaku, juga sahabat karibku, tidak ada di tempatnya.

    Dia telah mengambil cuti sakit, itulah yang tertulis dalam e-mel yang terpampang di skrin komputerku. Aku tahu dia bukanlah orang yang suka mengambil cuti tanpa sebab yang kukuh. Jadi, ketika aku mendapat tahu alasan sebenar dia mengambil cuti, aku tidak dapat menahan rasa gembira untuknya.

    Kekasihnya, yang telah berbulan-bulan menjalankan tugas di laut, akhirnya kembali ke daratan. Cinta yang selama ini hanya dapat dirasakan melalui panggilan telefon dan pesanan teks, kini dapat dipadu kembali. Aku dapat membayangkan betapa bahagianya mereka berdua, dapat bertemu setelah sekian lama terpisah.

    Aku tidak cemburu, malah aku merasa bahagia untuknya. Cinta itu memang ajaib, ia mampu membuat seseorang meninggalkan segala rutin hariannya, mengambil risiko, dan mengejar kebahagiaan yang sejati.

    Foto Canva

    Bagi sahabatku, kebahagiaan itu adalah menghabiskan beberapa hari bersama dengan kekasih hatinya yang telah lama dinantikan.

    Aku berharap mereka dapat menikmati setiap detik pertemuan mereka, mengukir kenangan yang akan dikenang selamanya.

    Dan bila dia kembali bekerja, aku yakin dia akan membawa semangat baharu, cerita baharu dan tentunya, cinta yang lebih manis berbanding sebelumnya.

    Sementara itu, aku akan menikmati kesunyian meja sebelahku, membayangkan tawa dan senyuman yang pasti terukir di wajah sahabatku. Dan mungkin, aku akan menulis beberapa baris puisi tentang cinta yang bertaut kembali setelah sekian lama.

    Sahabatku, semoga cinta kalian berdua selalu berlabuh di pelabuhan hati, tidak lagi terumbang-ambing di lautan kerinduan.

    Sahabat pesisir

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih atas perkongsian kisah awda dalam ruangan ini. Melihat pada luahan yang awda tulis kepada kami, dapat saya simpulkan bahawa awda tumpang gembira untuk sahabat awda.

    Bagi padangan peribadi saya, kadang kala nilai persahabatan itu penting dan tidak salah untuk kita tumpang gembira dengan kebahagian orang lain.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...