Friday, May 10, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Kem. Pertahanan bertahlil di kubah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Sebagai aktiviti keagamaan di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong yang dihadiri oleh seramai 750 pegawai, kakitangan dan anggota kementerian berkenaan.

    Majlis tersebut adalah khusus Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Hadir mengetuai rombongan berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Men-teri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Juga hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin dan peringkat kepimpinan.

    Bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai telah dipimpin oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) dan diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Acara tahunan berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Ihya dan Jangkauan Ramadan yang dikendalikan oleh JAMA’AT, Kementerian Pertahanan bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan Al-Mubarak selain mengharapkan ganjaran pahala berlipat ganda dengan amalan berkebajikan.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi mengetuai rombongan Kementerian Pertahanan pada majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jepun cadang perluas penangkapan ikan paus komersial kepada ikan paus sirip

    TOKYO, 10 MEI - Agensi Perikanan Jepun telah mencadangkan memperluaskan penangkapan ikan paus komersil di sepanjang pantai negara kepada ikan paus sirip, spesies yang...