Friday, May 10, 2024
23 C
Brunei

    -

    Biduan istimewa ‘Nan’ tawan hati juri

    PASIR MAS – Kemerduan dan kecantikan ‘Nan’ sentiasa berjaya menawan hati para juri sehingga membolehkan burung merbah jambul itu memenangi banyak pertandingan.

    Pemilik Nan, Amirul Afnan Afandi, 35, berkata kebiasaannya hadiah yang diraih ialah wang tunai sekitar RM100 sehingga RM500.

    “Saya lihat dalam tempoh dua atau tiga tahun ini permintaan (untuk) burung merbah jambul ini meningkat daripada peminat (burung) di negeri ini.

    “Tidak hairan setiap hari ada sahaja pertandingan berbanding tahun sebelumnya yang hanya diadakan pada hari minggu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

    Amirul Afnan berkata beliau mula terjebak dengan minat untuk memelihara dan menyertai pertandingan seni suara dan gaya burung merbah jambul hampir 10 tahun lepas.

    Katanya, minat yang sebelum ini sekadar suka-suka mengikut kawan ke pertandingan tersebut akhirnya menjadikan beliau bersemangat untuk memiliki burung berkenaan.

    Menurut Amirul Afnan, burung kesayangannya itu dibeli dengan harga lebih RM10,000 dua tahun lepas dan beliau menyifatkan burung itu sebagai ‘bertuah’ kerana banyak memenangi pertandingan sehingga modal membelinya sudah diperoleh semula.

    “Lima hari seminggu saya akan menyertai pertandingan di seluruh Kelantan atau di luar Kelantan, Alhamdullilah kebanyakan pertandingan saya tidak pulang dengan tangan kosong,” katanya yang berasal dari Kota Bharu. – Bernama

    Suasana Pertandingan Burung Cantik Piala Ketua Polis Kelantan 2024 di Dataran Padang Berek Baru Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, baru-baru ini. – Gambar NSTP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Korea S mahu wujudkan kementerian tangani krisis kelahiran

    SEOUL, 9 MEI - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata hari ini bahawa beliau mahu mewujudkan kementerian baharu bagi menangani masalah kadar kelahiran...