Friday, March 14, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Tunjuklah contoh yang baik’

    Pengacara dan penyampai radio, Faizal Ismail pernah menjadikan rakan hos sebagai bahan jenaka ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu ketika dahulu.

    Faizal atau Mohd Faizal Ismail, 48, bagaimanapun berkata, semua bahan gurauan yang dilakukan di atas pentas bersama rakan gandingan iaitu Cheryl Samad dan Ally Iskandar sudah pun dirancang terlebih dahulu.

    Hal itu bagi mengelakkan berlaku sebarang salah faham agar tiada pihak berkecil hati dengan gurauan dibuat.

    “Zaman saya berada di pentas mengacarakan AJL, pada masa itu kita pun ada juga ‘membahan’ sesama saya, Cheryl dan Ally tetapi semuanya sudah dirancang maknanya setakat mana mereka boleh terima (gurauan).

    “Jadi apa berlaku di atas pentas masing-masing gembira dan tiada masalah tetapi saya lihat dalam keadaan sekarang ada pihak yang tak puas hati.

    Faizal menasihati rakan artis untuk menunjukkan contoh terbaik. – mStar

    “Mungkin mereka menggunakan platform itu untuk menyindir atau sekadar hanya mahu bergurau.

    “Bila dua-dua pihak tidak berada di tempat sama, boleh jadi satu lagi pihak itu berkecil hati dan tak boleh terima gurauan itu. Kita tak boleh salahkan dia juga,” katanya kepada mStar.

    Faizal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Borak SeeNI yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Dia bagaimanapun menasihati rakan artis agar menunjukkan contoh baik kerana mereka sering dijadikan rujukan masyarakat.

    “Itu sahaja saya minta. Saya tahu semua orang ada sisi tidak baik tetapi janganlah ditonjolkan kepada umum,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda