ISTANBUL, 22 DIS – Presiden Recep Tayyip Erdogan hari ini telah memaklumkan penggunaan kecemasan dalam meluluskan vaksin koronavirus yang pertama dibuat bagi negara Turki itu.
Turkovac telah masuk fasa ketiga pada Jun lalu melibatkan 40,800 peserta ujikaji di Turki. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keberkesannnya telah dikeluarkan.
Tetapi lembaga penasihat koronavirus Kementerian Kesihatan, Ates Kara, telah memberitahu media Turki, mereka ‘berjaya’ dan mungkin lebih bagus dibandingkan dengan vaksin yang lainnya.
“Tidak ada individu yang menerima vaksin Turkovac mengalami kesan sampingan teruk COVID-19 yang memerlukan mereka masuk hospital atau penjagaan rapi setakat ini,” kata Kara pada hujung minggu lalu.
Pemaju vaksin tersebut berkata Turkovac berkesan dengan prinsip saintifik yang sama seperti Coronavac dari China, yang mana Turki telah mula menggunakannya sejak awal tahun.
Turki telah membuat lebih kurang dua suntikan kepada 85.6 peratus orang dewasa, juga dengan rasmi telah mencatatkan 80,000 kematian disebabkan COVID-19. – AFP