Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE kurangkan pengeluaran minyak

    DUBAI, 2 Okt – Menteri Tenaga Emiriah Arab Bersatu (UAE) Suhail Al-Mazrouei berkata pada hari Ahad UAE akan mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 139,000 tong sehari pada November sejajar dengan keputusan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

    Syarikat milik negara Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) telah memutuskan untuk memotong pengeluarannya pada November, mencerminkan komitmen negara itu kepada pengurangan 139,000 tong sehari yang dijadualkan oleh OPEC, agensi berita negara UAE melaporkan.

    “Kadar potongan pengeluaran pada bulan November, seperti yang diumumkan oleh ADNOC adalah 15 peratus daripada peruntukan kontrak mentah,” kata WAM memetik Al-Mazrouei sebagai berkata.

    “Pengurangan yang diluluskan oleh ADNOC adalah sejajar dengan komitmen UAE terhadap keputusan OPEC,” katanya.

    Ahli-ahli OPEC mula awal tahun ini secara rasmi memotong pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari, selama enam bulan, dalam usaha untuk memulihkan kestabilan pasaran minyak. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda