Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    UBD, Go Rush Express meterai MoU

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Go Rush Express, hari ini, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menandakan permulaan kerjasama signifikan bertujuan untuk pengantarabangsaan pengajian tinggi.

    Majlis penandatanganan MoU berkenaan telah berlangsung di Perpustakaan UBD di mana menandatangani bagi pihak UBD ialah Naib Canselor, Dr Hazri Haji Kifle dan pihak Go Rush Express diwakili oleh Pengarah Urusan, Danny Chua.

    Turut hadir pada majlis penandatanganan berkenaan ialah pengurusan kanan dan kakitangan daripada kedua-dua buah organisasi.

    Kolaborasi itu menubuhkan asas bagi kerjasama dalam program latihan, pendidikan dan penyelidikan berkepentingan bersama kepada kedua-dua belah pihak. Ia merupakan langkah strategik ke arah meningkatkan peranan logistik dalam ekonomi Brunei khususnya selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035.

    Danny Chua menekankan peranan kritikal logistik dalam pembangunan negara di mana sektor logistik dikenali sebagai batu asas kepada perkembangan dan kestabilan ekonomi negara selaras dengan matlamat wawasan 2035.

    Dr Hazri (kanan) dan Danny Chua bergambar selepas menandatangani MoU tersebut di Perpustakaan UBD. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Sementara itu, Dr Hazri mengetengahkan manfaat akademik kerjasama antara UBD dan Go Rush Express di mana ia akan memainkan peranan penting dalam mencapai Wawasan Brunei 2035, iaitu agenda negara yang bermatlamat untuk mentransformasikan Brunei kepada sebuah negara yang terkenal bagi penduduknya yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

    Kerjasama itu, ulasnya, bukan sahaja menumpukan kepada kemahiran teknikal tetapi ia juga bagi memupuk kemahiran kritikal yang diperlukan bagi pekerjaan masa depan seperti kepimpinan, daya tahan, inovasi, kreativiti dan penyelesaian masalah kompleks.

    Kerjasama itu merupakan beberapa inisiatif penting bertujuan untuk memupuk kolaborasi dan memajukan kefahaman antarabangsa.

    Inisiatif-inisiatif berkenaan merangkumi pembangunan program-program kolaborasi khusus, menyediakan peluang penempatan bagi pelajar-pelajar UBD setiap semester sebagai sebahagian program Discovery Year (DY) dan komitmen oleh Go Rush Express untuk menawarkan enam kedudukan tahunan kepada graduan UBD yang mahir dalam logistik dan rantaian bekalan, pemasaran, kewangan dan IT.

    Di samping itu, kerjasama itu juga dihasratkan untuk meneroka potensi penyelidikan bersama dalam bidang kepentingan bersama bagi meningkatkan lagi pengalaman praktikal dan pendidikan untuk pelajar serta juga fakulti.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...