Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uganda sahkan kes mpox dalam penjara

    KAMPALA, 9 OKT – Uganda hari ini mengesahkan seorang banduan telah dijangkiti mpox di kawasan tengah yang merupakan pusat wabak di negara Afrika Timur itu.

    “Kami merekodkan satu kes mpox yang disahkan di salah sebuah penjara kami dan pesakit telah diasingkan dan langkah-langkah pembendungan telah dilaksanakan,” kata jurucakap Penjara Uganda, Frank Baine kepada AFP.

    “Kes yang disahkan adalah seorang banduan yang telah ditahan atas tuduhan membunuh.”
    Beliau berkata banduan lelaki itu mungkin telah dijangkiti penyakit itu sebelum dia ditahan di penjara di bandar Nakasongola di tengah Uganda.

    Sebanyak 21 kes mpox telah dilaporkan di kawasan Nakasongola daripada jumlah 41 kes di seluruh negara setakat 7 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan.

    Lebih 34,000 kes telah dicatat di 16 negara di Afrika sejak wabak baharu itu tercetus, kata badan pemerhati kesihatan Kesatuan Afrika, Africa CDC, awal bulan ini.

    Kebanyakan kes dikesan di negara jiran Uganda di barat, iaitu Republik Demokratik Kongo, di mana terdapat 988 kematian, menurut Menteri Kesihatan.– AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda