ISTANBUL, 4 FEB – Hampir 700,000 wanita di United Kingdom akan mengambil bahagian dalam ujian skala besar yang dijalankan oleh Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) untuk menilai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penyaringan kanser payudara, lapor agensi Anadolu, memetik media tempatan hari ini.
Ujian penyaringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepatkan diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi, lapor BBC.
Ujian awal pengesanan menggunakan Information Technology in Health (Edith) yang bernilai £11 juta (AS$13.75 juta), yang dijadualkan bermula pada April, akan menguji lima platform AI di 30 lokasi. Wanita yang sudah dijadualkan untuk pemeriksaan rutin akan dijemput untuk mengambil bahagian.
Pada masa ini, dua pakar radiologi meneliti mamogram untuk ketepatan. Sistem AI berkemungkinan membolehkan seorang pakar sahaja menyelesaikan proses tersebut, membantu mengurangkan masa menunggu.
Dengan lebih dua juta mamogram dilakukan setiap tahun, teknologi ini berpotensi memberi impak besar kepada beban kerja NHS. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P10-1A-AP_05022025.jpg)