Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    UMNO Sabah masih relevan, perlu diubah suai

    KOTA KINABALU, 27 Jun – UMNO Sabah masih relevan, namun perlu diubah suai serta ditambah relevannya kepada ahli dan pengundi untuk menghadapi pilihan raya akan datang, kata calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata dakwaan pihak tertentu bahawa UMNO di Sabah tidak lagi relevan adalah tidak tepat kerana masih ramai anggota parti yang menghadiri setiap mesyuarat perwakilan yang diadakan di Sabah serta terus setia bersama parti.

    “UMNO Sabah masih relevan, cuma kita kena tambah kerelevanan itu. Oleh itu sebagai calon presiden saya telah membawa satu manifesto khasnya untuk UMNO Sabah.

    “Saya akan mengguna pendekatan autonomi UMNO Sabah agar tidak dilihat sebagai di bawah cengkaman UMNO pusat. kita mahu memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa UMNO Sabah adalah untuk orang Sabah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dan anggota UMNO Sabah di sini, malam tadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda