BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation, di Kampus Gadong, UNISSA, kelmarin.
Majlis penandatanganan MoU berkenaan disempurnakan oleh Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, manakala wakil bagi pihak Mitsubishi Corporation ialah Tadashi Hara, selaku Wakil Negara Mitsubishi Corporation (Pejabat Perwakilan Brunei).
Kerjasama itu bertujuan memperkukuh hubungan antara UNISSA dan Mitsubishi Corporation bagi usaha bersama dalam mempromosikan pendidikan, penyelidikan, pembangunan mampan dan menyediakan peluang pendidikan yang lebih baik khususnya pelajar untuk mengikuti pengajian di UNISSA.