Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    UNSC akan adakan mesyuarat bincang isu Korea Utara minggu ini

    SEOUL, 18 JAN – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan perbincangan mengenai Korea Utara pada minggu ini, lapor agensi berita Yonhap hari ini.

    Menurut laman web UNSC, majlis itu dijadual mengadakan mesyuarat tertutup pada 10 pagi Khamis (waktu New York) mengenai isu-isu Korea Utara, perjanjian pengawalan senjata nuklear dan perkara-perkara lain.

    Korea Selatan bersama-sama dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, dikatakan telah meminta perbincangan itu diadakan.

    Ia menjadi mesyuarat UNSC pertama yang membincangkan isu Korea Utara sejak Seoul memulakan penggal dua tahun sebagai anggota tidak tetap majlis itu tahun ini.

    Korea Selatan dijangka memperluas pengaruhnya dalam badan PBB itu untuk lebih berkesan menangani isu Korea Utara dan cabaran keselamatan lain sehingga tamat penggalnya.

    Semasa mesyuarat itu, anggota UNSC mungkin membincangkan kerjasama ketenteraan Korea Utara yang semakin meningkat dengan Rusia dan tindakan provokasi terbaharunya.

    Korea Utara pada Ahad melancarkan peluru berpandu balistik hipersonik jarak sederhana, ujian peluru berpandu pertamanya tahun ini selepas kali terakhir menembak peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-18 pada 18 Disember lepas. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...