Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Utusan PBB adakan lawatan pertama ke Yaman

    SANAA, 11 APRIL – Utusan khas PBB, Hans Grundberg memulakan lawatan pertamanya ke bandar Yaman yang ditawan pemberontak, hari ini, susulan gencatan senjata 2 April yang mana kedua-dua parti berperang telah menuduh antara satu sama lain mengenai pelanggaran gencatan.

    Diplomat Sweden itu dijadualkan akan bertemu pegawai pemberontak Huthi semasa lawatan pertama ke Sanaa sejak bertugas pada September.

    “Dia akan terlibat dengan kepimpinan Ansar Allah (Huthi) mengenai pengimplementasian dan pengukuhan gencatan senjata dan membincangkan tindakan seterusnya,” kata pejabat Grundberg dalam laman Twitter mengumumkan ketibaannya.

    Pemberontak Huthi yang disokong Iran mengawal Sanaa pada 2014, mencetuskan tentera gabungan diketuai Saudi campur tangan tahun berikutnya dan mencetuskan PBB mengelarnya krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

    Gencatan senjata dua bulan telah diumumkan pada permulaan bulan suci Ramadan masih berkuatkuasa.

    “Sejak permulaan gencatan senjata itu, kami telah menyaksikan pengurangan keganasan,” kata Grundberg kepada sidang media maya minggu lalu.

    Bagaimanapun, kedua-dua pihak saling salah menyalahkan berhubung pencabulan, dengan kerajaan menuduh pemberontak mengerahkan tentera dan serangan dron sementara pemberontak berkata mereka ‘menangkis kemaraan’ daripada penyokong setia. – AFP

    Hans Grundberg utusan khas PBB semasa tiba di Sanaa pada 11 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...