Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Vaksin COVID cegah Omicron bagi kanak-kanak 6 bulan diluluskan

    NEW YORK, 9 DIS – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) meluluskan vaksin COVID untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas bagi mencegah varian Omicron.

    Menurut laporan agensi berita Jerman dpa yang memetik FDA, kanak-kanak di bawah umur lima tahun  dibenarkan untuk menerima suntikan dos penggalak bivalen.

    “Kami menggalakkan ibu bapa dan penjaga yang layak untuk mempertimbangkan terutamanya ketika menjelang musim cuti dan musim sejuk memandangkan lebih banyak masa dihabiskan dengan berada di dalam rumah,” kata Pesuruhjaya FDA Robert M. Califf semalam.

    Menurut beliau, memandangkan virus itu telah berubah, kesedaran orang ramai terhadap perkembangan terkini mengenai vaksin COVID akan memberi banyak manfaat kepada lebih ramai individu, keluarga dan kesihatan awam.

    “Ia membantu mencegah penyakit yang teruk, kemasukan ke hospital dan kematian,” kata beliau.

    Kelulusan terbaharu itu termasuk bivalen yang dihasilkan Pfizer dan Moderna. Di bawah garis panduan baharu, kanak-kanak yang telah menerima dua suntikan awal vaksin Moderna boleh mendapat satu suntikan dos penggalak bivalen.

    Kanak-kanak yang belum mendapat dos ketiga vaksin Pfizer kini akan diberi penggalak bivalen tetapi mereka yang telah menerima tiga suntikan masih belum layak menerima suntikan yang dikhususkan untuk Omicron, kata FDA. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...