Sunday, February 9, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Valencia kejutkan Real

    MADRID, 23 Feb – Dua gol dalam tempoh lapan minit permainan hasil jaringan Simone Zaza dan Fabian Orellana memastikan ruang memburu gelaran La Liga musim ini semakin terbuka apabila Valencia menewaskan pendahulu, Real Madrid 2-1, awal pagi tadi.

    Kekalahan itu meninggalkan Madrid hanya satu mata dipisahkan dengan penghuni tangga kedua, Barcelona dan tiga mata di hadapan Sevilla selain mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding pencabar lain.

    “Kami agak longgar dalam aksi 10 minit pertama, 10 minit yang teruk di mana kami melepaskan dua gol,” kata jurulatih Real, Zinedine zidane. “Saya tidak bimbang, (tetapi) saya sangat marah kerana kami hanya perlu menyalahkan diri sendiri,” katanya.

    Penyerang Itali, Zaza membuka tirai jaringan menerusi voli pada awal minit kelima manakala Orellana menambah kedudukan kepada 2-0 pada, empat minit kemudian.

    Bagaimanapun, tandukan Cristiano Ronaldo berjaya merapatkan jurang apabila menyempurnakan hantaran Marcelo pada minit ke-44.

    Reaksi Ronaldo selepas gagal menjaringkan gol semasa menentang Valencia untuk pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di stadium Mestalla, Valencia kelmarin. – AFP
    Reaksi Ronaldo selepas gagal menjaringkan gol semasa menentang Valencia untuk pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di stadium Mestalla, Valencia kelmarin. – AFP

    Zidane memasukkan Gareth Bale yang berada di bangku simpanan pada baki setengah jam sebelum tamat permainan bagi membuat kemunculan kedua selepas tiga bulan dibelenggu kecederaan.

    Pemain kebangsaan Wales itu hampir menyelamatkan mata Real namun tandukannya dinafikan Enzo Perez, pada saat akhir permainan.

    Pemain sayap Madrid dari Brazil, Marcelo turut bersetuju dengan jurulatih yang mereka terlalu mensia-siakan perlawanan.

    “Kami masih berada di puncak tetapi kami perlu melakukan sesuatu untuk mengubahnya, belajar daripada kesilapan,” katanya. “Kami bermain dengan teruk dan ia adalah kami sendiri.”

    Pada aksi La Liga seterusnya, Madrid dijadual berkunjung ke halaman lawan Villarreal, Ahad ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda