PARIS, 14 MEI – Dua anggota polis terbunuh manakala tiga yang lain cedera selepas sebuah van penjara yang membawa seorang tahanan di wilayah Eure di utara Perancis diserang, lapor BFM TV, hari ini.
Ia berkata beberapa orang bersenjata menyerang van di jalan tol di Incarville. Banduan yang sedang dibawa melarikan diri bersama penyerang, menurut laporan. – Xinhua