Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Vinales juara MotoGP America

    AUSTIN, 14 APRIL – Maverick Vinales melonjak dari petak pertama untuk melakar kemenangan dalam perlumbaan pecut MotoGP di Grand Prix America di Austin.

    Pelumba Sepanyol yang memecahkan rekod pusingan dalam kelayakan, mendahului lebih sesaat, menunggang dengan tenang ke garisan penamat ketika tiga rakan senegara bersaing di belakangnya untuk merebut tempat podium yang lain.

    “Saya mahu teruskan. Persaingan sangat mengagumkan,” kata Vinales.

    Vinales melengkapkan 10 pusingan dalam masa 20 minit 27.825 saat, 2.294 saat di hadapan pemenang tujuh kali di Litar Amerika, Marc Marquez dengan jentera Gresini Ducati.

    Jorge Martin meningkatkan pendahuluan kejuaraannya dengan tempat ketiga pada Pramac Ducati, 4.399 saat di belakang pemenang manakala penunggang remaja Pedro Acosta, dengan GasGas, di tempat keempat.

    Vinales meraikan kedudukan petak pertama pada penghujung latihan kelayakan MotoGP pada 13 April. – AFP

    Marquez berkata dia tidak begitu gembira dengan prestasinya.

    “Agak sukar daripada yang saya jangkakan,” katanya.

    “Pada pusingan pertama saya agak kuat tetapi kemudian saya mula berasa tidak begitu baik. Kemudian saya memutuskan untuk menunggu saat saya. Saya berada di hadapan kumpulan. Apabila Pedro menyerang saya, saya berkata ‘OK, sekarang masanya‘. Saya separuh saat lebih pantas pada pusingan seterusnya dan kemudian saya membuka ruang.”

    Martin terhempas dua kali pada kelayakan pagi dan bermula dari barisan grid kedua.

    “Pagi ini kami mengalami kemalangan,” katanya sambil menambah dia juga menghadapi masalah semasa perlumbaan.

    “Hari ini adalah perlumbaan yang sukar. Saya bergelut di pertengahan perlumbaan dengan beberapa isu tetapi untuk menamatkan saingan di podium adalah menakjubkan. Kami sangat konsisten. Ini adalah perkara yang paling penting.”

    Penunggang Aprilia yang lain, Aleix Espargaro dari Sepanyol, berada di tempat kelima bersama Enea Bastianini dari Itali di tempat keenam untuk kilang Ducati.

    Juara dunia berganda Itali, Francesco Bagnaia, yang melakukan aksi wheelie yang tidak disenghajakan pada permulaan dan kehilangan momentum, berada di tempat kelapan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...