Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    VinFast rancang bina kilang bernilai AS$2b

    HANOI, 8 JAN – Pengeluar kereta Vietnam, VinFast berkata ia merancang untuk membelanjakan sehingga AS$2 bilion untuk membina sebuah kilang kenderaan elektrik (EV) di India, pasaran kereta ketiga terbesar mengikut jualan.

    Kilang tersebut di negeri Tamil Nadu di selatan India akan menjadi penerokaan pertama syarikat itu ke India dan dibuat selepas VinFast melancarkan penjualan di Amerika Syarikat (AS) dan pasaran utama lain.

    Rancangan itu menunjukkan komitmen syarikat terhadap “visi masa depan pengangkutan sifar pelepasan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif jualan dan pemasaran syarikat, Tran Mai Hoa, dalam satu kenyataan.

    VinFast menyatakan komitmennya sebanyak AS$500 juta dalam fasa pertama pembinaan dan merancang untuk mengubah wilayah sekitar bandar pelabuhan Thootukudi menjadi hab pengeluaran EV kelas pertama.

    Kilang itu akan mempunyai kapasiti untuk membangunkan 150,000 buah kereta setiap tahun, katanya. Tetapi tidak banyak butiran lanjut dikongsikan.

    VinFast adalah sebahagian daripada Vingroup, sebuah konglomerat besar yang bermula sebagai syarikat mi segera di Ukraine pada 1990an yang diasaskan dan dikendalikan oleh orang terkaya Vietnam, Pham Nhat Vuong.

    Ini akan menjadi penerokaan pertama VinFast ke India dan merupakan sebahagian daripada pengembangan global yang termasuk eksport EV ke AS. Ia sedang membina sebuah kilang EV bernilai AS$4 bilion di Carolina Utara, di mana pengeluaran dijadualkan bermula tahun ini. – AP

    Pekerja memasang kereta di kilang Vinfast di Hai Phong, Vietnam pada 29 September 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda