Sunday, January 5, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virus polio liar dikesan di Peshawar

    ISLAMABAD, 18 OGOS – Satu sampel kumbahan dari bandar Peshawar di barat laut Pakistan didapati positif virus polio liar jenis satu, menjadikan jumlah sampel persekitaran yang positif tahun ini kepada 15, menurut kementerian kesihatan Pakistan dalam satu kenyataan.

    Sampel itu dikumpulkan dari kawasan Naray Khuwar, Peshawar pada 1 Ogos dan ia adalah sampel positif ketujuh yang dikesan di bandar itu setakat tahun ini, lapor Xinhua.

    Peshawar melaksanakan kempen vaksinasi sub-nasional yang terbaharu pada 7 hingga 13 Ogos, di mana kanak-kanak di bawah usia lima tahun diberikan vaksin polio secara oral dan kanak-kanak yang layak juga diberikan vaksin suntikan untuk meningkatkan imuniti.

    “Kempen polio diadakan secara berkala di negara ini dan ibu bapa, terutamanya di daerah virus dikesan, harus sedar akan bahaya kepada anak mereka dan memastikan mereka di vaksin setiap kali berpeluang,” setiausaha kesihatan, Iftikhar Ali Shallwani, dipetik dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda