Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waktu operasi pembayaran bil air, gas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan waktu beroperasi sepanjang bulan Ramadan bagi perkhidmatan kaunter pembayaran bil air dan gas di bawah jabatan itu.

    Bagi Jabatan Perkhidmatan Air, Jalan Tasek Lama, JKR cawangan Kuala Belait dan Tutong, waktu operasi ialah dari Isnin hingga Khamis pada jam 8:15 pagi sehingga 12 tengah hari dan Sabtu dari pukul 8:15 pagi sehingga 10 pagi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, orang ramai yang ingin membuat pembayaran adalah digalakkan untuk membuat pembayaran bil air (dan gas) secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih atau mesin CDM bagi pengguna Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Bank Baiduri dan Bank Standard Chartered.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda