Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Warga asing dipenjara tinggal lebih tempoh

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Mahkamah Majistret, kelmarin, telah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan tiga kali sebatan terhadap seorang lelaki Bangladesh kerana tinggal lebih tempoh di negara ini.

Shojun Hossain, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang menyatakan dia memegang pas imigresen yang tamat tempoh pada 10 April 2018.

Pendakwa Raya Imigresen Mohd Zul Azri bin Haji Ranee mendedahkan bahawa defendan telah pergi ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) untuk mendapatkan pertimbangan supaya dia dihantar pulang pada 23 Julai.

JIPK membuka penyiasatan yang mendapati bahawa defendan sudah lama tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan.

Majistret Harnita Zelda Skinner selanjutnya mendengar bahawa bekas majikan defendan memfailkan laporan pada 16 April 2018 yang defendan telah melarikan diri dan pas pekerjanya terbatal sejak itu. Laporan bekas majikan menyatakan defendan telah melarikan diri sejak Disember 2017.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -