Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Minum petang: Ratu Elizabeth II suka makan sandwic

    LONDON, 25 OGOS – Ratu Elizabeth II gemar makan sandwic bersalut jem setiap hari sejak kecil lagi, menurut bekas tukang masak peribadinya.

    Darren McGrady mendakwa dalam saluran YouTube bahawa pemimpin negara United Kingdom (UK) itu sangat suka jem strawberi diperbuat daripada buah-buahan yang dipetik di kawasan Istana Balmoral di Scotland.

    “Ratu Elizabeth II telah dihidangkan dengan secubit jem semasa berada di taska.

    Sejak itu ratu suka hidangan tersebut sebagai kudapan minum petangnya,” katanya dalam video yang diterbitkan pada Julai tahun lepas.

    Sandwic-sandwic berkenaan diperbuat daripada roti dengan sedikit calitan mentega dan taburan jem, kemudian ia dipotong menjadi bulatan sebesar saiz duit syiling lama satu sen British.

    Sebagai sebahagian daripada tradisi minum petang yang sopan, McGrady, seorang tukang masak kepada ratu selama 11 tahun, juga mendedahkan bahawa Ratu Elizabeth II akan memilih jem dahulu diikuti dengan krim beku yang lazat.

    “Ratu sentiasa memilih jem dahulu,” katanya dalam video berasingan. “Jem itu berterusan diikuti dengan krim beku yang lazat itu.”

    Selain strawberi yang diawet, Ratu Elizabeth II yang berusia 96 tahun itu mengemari strawberi segar.

    “Ratu akan makan strawberi tiga atau empat malam seminggu di Balmoral jika musim buah strawberi,” katanya. Bagaimanapun, pihak Istana enggan dedah sandwic pilihan Ratu Elizabeth II. – AP

    Ratu Elizabeth II semasa lawatan peras-mian bangunan baharu di Thames Hos-pice, Maidenhead, England pada 15 Julai lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...