Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kelmarin, telah mengagihkan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada wakil jabatanarah-jabatanarah dan unit Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Hadir bagi menyempurnakan pengagihan di Blok Menara Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan.
Pemberian kurma peribadi berkenaan mencerminkan kasih sayang dan pemedulian Baginda Sultan dalam melaksanakan amal ibadah sempena menjelangnya bulan Ramadan.