Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warga Tutong ligat berbasikal

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan MPK Luagan Dudok

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung serta mengumpulkan peminat berbasikal seluruh negara untuk beriadah beramai-ramai, Aktiviti Riadah Berbasikal telah diadakan di Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok, Tutong, kelmarin.

    Aktiviti riadah berkenaan dianjurkan bersama oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Luagan Dudok dan MPK Bukit Panggal dengan kerjasama Sembatang Team Kampung Luagan Dudok dan Cutting Hills Warriors Kampung Bukit Panggal di mana pelepasan peserta riadah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Basri.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi aktiviti, Haji Med Ali bin Haji Jamudin, diikuti ucapan daripada Penghulu Mukim Keriam, Haji Joharry bin Haji Abdul Karim, sebelum diteruskan dengan senaman memanaskan badan yang diketuai oleh ahli Jawatankuasa MPK Luagan Dudok, Haji Mohd Arif bin Haji Matali.

    Majlis seterusnya menyak-sikan pelepasan para peserta aktiviti riadah yang bermula dari Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok menuju Jalan Sembatang Sentul dan Kampung Bekiau serta kembali semula ke Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok.

    Aktiviti riadah itu antara lain bermatlamat untuk mempelbagaikan aktiviti di kampung, memberikan peluang untuk melibatkan generasi baharu di kedua-dua buah kampung untuk mengambil contoh cara penganjuran aktiviti kampung yang melibatkan masyarakat pelbagai peringkat usia, menggalakkan penduduk kampung untuk maju ke hadapan dengan menyertai setiap aktiviti yang diadakan, memberikan peluang kepada penduduk kampung berkumpul sambil beramah mesra dan bertukar-tukar fikiran serta mengisi waktu hujung minggu dengan aktiviti bersukan dan riadah.

    Awang Mohammad Sofian bergambar ramai dengan ahli jawatankuasa dan peserta.
    Pemangku Pegawai Daerah Tutong semasa menyempurnakan pelepasan peserta aktiviti riadah berbasikal.
    Antara peserta yang menyertai aktiviti riadah berbasikal di Tutong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...