Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Warganet berang ketidakhadiran Messi

    BEIJING, 9 FEB – Ketidakhadiran Lionel Messi pada perlawanan di Hong Kong telah mencetuskan gelombang kemarahan dalam talian di bandar tersebut dan di tanah besar China, dengan bintang bola sepak itu dituduh cuba memalukan Beijing atau terlibat dalam plot asing yang jahat.

    Bintang Argentina dan pasukannya, Inter Miami mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat di Hong Kong pada Ahad lalu apabila dia tidak bermain dalam perlawanan persahabatan, atas alasan kecederaan.

    Peminat yang telah membelanjakan lebih daripada AS$500 untuk melihat Messi melaungkan ‘Bayar Balik!’, memberikan isyarat ibu jari ke bawah dan menenggelamkan suara pemilik bersama pasukan itu, David Beckham, dengan ejekan ketika beliau cuba mengucapkan terima kasih kepada orang ramai.

    Hanya beberapa hari kemudian, Messi bermain selama 30 minit dalam satu perlawanan persahabatan di Jepun menyebabkan kemarahan dan tuduhan bahawa dia telah berlaku tidak adil terhadap China.

    Hari ini, Tatler Asia, penganjur acara itu berkata ia ‘sangat menyesal’ dan berjanji kepada mereka yang telah membeli tiket supaya diberikan bayaran balik 50 peratus.

    Tetapi kemarahan itu telah menyebabkan akhbar nasionalis yang berpengaruh, Global Times, mencadangkan bahawa kuasa asing yang jahat telah berkomplot untuk menjejaskan reputasi bandar tersebut.

    “Satu teori ialah tindakan (Messi) mempunyai motif politik, kerana Hong Kong berhasrat untuk meningkatkan ekonomi melalui acara itu dan kuasa luar sengaja mahu memalukan Hong Kong melalui insiden ini,” katanya.

    “Berdasarkan kepada perkembangan situasi, kemungkinan spekulasi ini tidak boleh dinafikan.” – AF

    Reaksi peminat selepas tidak melihat Messi bermain dalam perlawanan persahabatan antara Hong Kong XI dan Inter Miami di Hong Kong pada 4 Februari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...