Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Warganet dakwa Selena Gomez sedang hamil

    Nama penyanyi Selena Gomez menjadi bualan ramai gara-gara perutnya dilihat kelihatan sedikit buncit semasa muncul di acara karpet merah Festival Filem Cannes pada 20 Mei lalu.

    Menurut mStar yang memetik laporan The News, ramai membuat spekulasi penyanyi itu sedang hamil kerana penampilannya nampak sedikit berbeza.

    Lebih menguatkan khabar angin apabila Selena kelihatan seperti tidak selesa malah menggunakan tangan untuk menutup perut buncitnya.

    Rata-rata peminatnya teruja dengan khabar tersebut memandangkan ini kehamilan pertama Selena bersama teman lelaki penyanyi Benny Blanco.

    Bagaimanapun ada yang mendakwa bentuk perut penyanyi berkenaan sememangnya sedikit buncit.

    “Dia nampak macam sedang mengandung tapi sengaja tutup perut dia guna tangan.

    “Perut dia memang buncit sikit sejak dulu,” antara komen warganet. – Agensi

    Peminat tumpang gembira berita kehamilan Selena. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...