Sunday, June 16, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kelly Rowland hilang sabar

    Kemunculan penyanyi Amerika, Kelly Rowland di acara karpet merah Festival Filem Cannes
    pada malam kelmarin mencuri perhatian ramai.

    Kelly Rowland hilang sabar apabila dirakam memarahi seorang petugas keselamatan ketika melalui acara tersebut.

    Punca Kelly ‘meletup’ dipercayai selepas petugas tersebut berulang kali menghampiri meminta berjalan tanpa menghiraukan jurugambar yang sedang mengambil gambarnya.

    Bekas anggota kumpulan Destiny Child itu jelas kelihatan tidak selesa dengan arahan diberikan kepadanya namun cuba bersabar.

    Selepas beberapa kali diminta beredar, Kelly kemudiannya menuruti sebelum petugas berkenaan berjalan di sebelah sebelum penyanyi itu memarahinya sambil mengangkat jarinya ke arah mukanya.

    Kelly dan petugas keselamatan wanita itu turut dilihat bertikam lidah sebelum pengiring artis itu menghampiri mereka.

    Petugas tersebut yang kelihatan malu dimarahi di khalayak ramai kemudiannya beredar sementara Kelly dilihat masih tidak berpuas hati dan terus membebel.

    Memetik laporan mStar, Kelly berada di festival tersebut bagi tayangan perdana filem lakonannya berjudul Marcello Mio.

    Festival yang sedang berlangsung di Cannes, Perancis itu dihadiri barisan selebriti terkemuka dunia termasuk Tan Sri Michelle Yeoh, Han So Hee, Cate Blanchett, Bella Hadid dan Demi Moore. – Agensi

    Kelly melepaskan kemarahan di depan khalayak ramai. – au.news.yahoo.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India bawa pulang jasad 45 mangsa kebakaran di Kuwait

    KOCHI, 14 JUN - Ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kuwait kelihatan berduka di terminal lapangan terbang India hari...