Peminat rangkaian Disney meluahkan rasa kecewa apabila pelakon, Gal Gadot dipilih membawakan watak ibu tiri dalam filem adaptasi Snow White yang akan ditayangkan di pawagam pada 21 Mac tahun depan.
Sejak trailer filem tersebut dilancarkan di saluran YouTube, Gadot menerima kecaman daripada warganet yang menganggap aktres berkenaan tidak sesuai membawakan watak tersebut.
Malah, Gadot juga menerima kecaman hebat di laman X apabila ramai yang menyatakan bahawa pelakon tersebut tidak mempunyai bakat berlakon, lapor mStar.
“Gadot tidak mempunyai karisma, tiada bakat semula jadi untuk menjadi bintang filem.
“Gadot adalah seorang pelakon yang sangat teruk, entah macam mana lakonannya dalam filem itu nanti.
“Lihat poster sahaja boleh nampak Gadot itu tidak boleh berlakon,” tulis warganet.
Untuk info, Snow White merupakan filem fantasi muzikal yang diarahkan oleh Marc Web.
Karya ini merupakan filem adaptasi daripada siri animasi dongeng Walt Disney Productions 1937 iaitu Snow White and the Seven Dwarfs.
Selain Gadot, Snow White turut dibintangi oleh Rachel Zegler dan Andrew Burnap. – Agensi