Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warganet kecam Selena Gomez kedekut

    Tindakan penyanyi Selena Gomez memberi sumbangan wang tunai bernilai AS$20 kepada seorang gelandangan menerima kecaman warganet, dedah mStar.

    Mana tidaknya, jumlah yang diberikan Selena dikatakan terlampau sedikit dan tidak bertepatan dengan reputasinya sebagai seorang jutawan seni.

    Menerusi video yang tular di media sosial, Selena dilihat berjalan keluar daripada sebuah restoran mewah sambil berinteraksi dengan beberapa orang peminat.

    Selena kemudiannya menyerahkan wang tersebut ke tangan lelaki itu dan sempat menyuruhnya membeli makanan.

    “Belilah makanan yang sedap-sedap dengan duit ini,” katanya.

    Sementara itu, rata-rata warganet di media sosial mengkritik niat baik Selena dan menyifatkan penyanyi itu sebagai kedekut.

    “Patut bagi AS$50, apalah salah nilai itu di New York. Nak beli sekotak rokok pun tak lepas.

    “Padahal jutawan tapi kedekut, AS$100 itu macam celah gigi je kalau dia bagi,” katanya.

    Sebelum ini, Selena menerima jolokan jutawan selepas kejayaan jenama kosmetiknya berjaya memperoleh keuntungan sebanyak AS$1.3 billion pada tahun ini. – Agensi

    Ramai yang anggap Selena kedekut. – Business2Community
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda