Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warriors ‘tembak jatuh’ Rockets

    LOS ANGELES, 4 DIS – Andrew Wiggins mencipta rekod jaringan terbanyak musim ini selepas juara NBA, Golden State Warriors menang 120-101 ke atas Houston Rockets pada Sabtu.

    Wiggins membuat lapan jaringan tiga mata, lima daripadanya semasa suku ketiga apabila dia menjaringkan 17 mata.

    Bintang Warriors, Stephen Curry juga membuat lapan jaringan tiga mata, dan Jordan Poole menambah 21 mata.

    Namun Jurulatih Warriors, Steve Kerr berkata penyandang juara itu masih lagi mempunyai kelemahan untuk diperbaiki selepas menjejaskan kelebihan 25 mata pendahulu semasa suku kedua.

    Rockets, yang disumbangkan 20 mata oleh Kevin Porter Jr, telah merapatkan jurang kepada empat mata ketika permainan berbaki 6:59 saat.

    “Ia adalah 18 minit yang menakjubkan. Saya rasa ia mungkin permainan paling mencabar kami pada tahun ini. Kami bertahan, rebound, melakukan segala-galanya dengan betul, dan kemudian kami hilang tumpuan.

    “Itulah cabaran terbesar kami masa ini. Cuba untuk kekalkan fokus selama-lamanya supaya tidak membenarkan pihak lawan merapatkan jurang,” kata Kerr. – AFP

    Aksi pemain Golden State Warriors, Andrew Wiggins (jersi nombor 22) ketika menentang pasukan Houston Rockets di San Francisco, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...