Thursday, January 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    WBC sertai Kejohanan Boling Padang Terbuka Triples

    LABUAN, 29 DIS – Kelab Boling Padang Wisdom (WBC) dari Negara Brunei Darussalam kembali mewarnai kejohanan boling padang serantau selepas berehat panjang daripada menyertai sebarang kejohanan dalam tempoh lebih setahun.

    Dua buah pasukan WBC membuka tirai pertandingan kelmarin pada Kejohanan Boling Padang Terbuka Triples sempena Ambang Tahun Baharu 2025 yang berlangsung di Arena Boling Padang, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.

    Rombongan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut terdiri daripada enam pemain diketuai oleh ketua jurulatih kelab berkenaan, Haji Abdul Ghafar bin Pehin Orang Kaya Laksamana Dato Seri Setia Haji Mohd Taha.

    Lebih 50 buah pasukan berentap kali ini, termasuk daripada kepulauan Borneo dan Semenanjung Malaysia.

    Pada perlawanan pembukaan, WBC A menewaskan Jesselton Bowls 19-10 manakala WBC B pula mengalahkan Jesselton Bowls X 18-12. Kejohanan tahunan itu akan melabuhkan tirainya pada 31 Disember.

    Haji Abdul Ghafar bergambar ramai dengan para pemain WBC. – GAMBAR SERAHAN KELAB BOLING PADANG WISDOM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda