Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    WEF bermula di Davos

    DAVOS, SWITZERLAND, 17 JAN – Peperangan di Ukraine dan ancaman kemelesetan global dijangka mendominasi Forum Ekonomi Dunia (WEF), yang memulakan persidangan hari pertamanya di Davos hari ini.

    Selepas ucapan Klaus Schwab yang mengasaskan WEF pada 1971, tumpuan beralih kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, lapor dpa.

    Benua itu sedang bergelut dengan krisis-krisis yang bertindih yang berpunca daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine selain inflasi yang tinggi dan kadar pertumbuhan yang lemah.

    Wanita Pertama Ukraine Olena Zelenska juga dijadual menyampaikan mesej kepada ratusan pemimpin politik, penggubal dasar dan ketua eksekutif yang berkumpul di bandar peranginan ski Switzerland itu.

    Menteri Ekonomi Ukraine, Yulia Svyrydenko turut hadir pada Selasa selain pemimpin sekutu Kiev, Presiden Andrzej Duda dari Poland, yang baru-baru ini berjanji untuk menghantar kereta kebal Leopard ke Ukraine.

    Presiden China, Xi Jinping tidak mengambil bahagian tahun ini dan digantikan oleh Naib Perdana Menteri, Liu He yang hadir pada sesi pagi. Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, Perdana Menteri Finland, Sanna Marin dan Ngozi Okonjo-Iweala, ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia, turut hadir.

    Dengan krisis kos sara hidup serta masalah tenaga dan bekalan makanan merupakan ancaman jangka pendek terbesar dunia, WEF dalam laporan tahunan Risiko Globalnya memberi amaran kepada pemimpin dunia mengenai unjuran kebanyakan ahli ekonomi mengenai kemelesetan di seluruh dunia pada 2023. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...