Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wenger: Arsenal sedia diamkan pengkritik

    LONDON, 2 Okt – Arsene Wenger percaya Arsenal bersedia untuk mendiamkan pengkritik yang mengetepikan mereka selepas kekalahan memalukan kepada Liverpool sebelum ini.

    Pasukan kendalian Wenger kembali dengan nafas baru sejak kekalahan 4-0 di Anfield pada Ogos lalu dan mereka mengekalkan momentum dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton semalam.

    Jaringan pertama buat Nacho Monreal dalam Liga Perdana sejak 2013 memastikan Arsenal di depan pada awal perlawanan dan Alex Iwobi melengkapkan kutipan mata selepas rehat dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Emirates.

    Pasukan Gunners sekarang mengumpulkan 10 mata dari empat perlawanan liga sejak kekalahan memalukan di Merseyside, kekalahan yang mencetuskan gesaan baru bagi perletakan jawatan Wenger dari peminat yang menentangnya musim lalu.

    Wenger yakin jendela pertukaran, yang ditutup beberapa hari selepas kekalahan kepada Liverpool itu, telah menjejaskan pasukannya, dengan Alex Oxlade-Chamberlain dan Kieran Gibbs keluar meninggalkan kelab itu dan Alexis Sanchez menyaksikan perpindahannya ke Manchester City menemui kegagalan.

    Arsenal, memenangi enam dari tujuh perlawanan, sekarang bersatu sekali lagi, Wenger percaya mereka boleh menikmati musim yang berjaya.

    Arsenal memasuki rehat antarabangsa dengan mengutip mata yang sama bersama juara Chelsea dan enam mata di belakang pendahulu, Manchester City. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda