Penyanyi popular Korea Selatan, Choi Wheesung ditemukan sudah meninggal dunia di kediamannya di Gwangjin Gu, Seoul, kelmarin.
Menurut pihak polis, Wheesung, 43, ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa kira-kira pukul 6:29 petang, tulis mStar.
Polis dan paramedik mengesahkan mengenai perkara itu selepas menerima laporan daripada keluarganya.
Sementara itu, pihak agensi Wheesung dalam satu kenyataan memberitahu punca kematian mendiang disebabkan serangan jantung.
“Artis kesayangan kami Wheesung meninggal dunia. Dia dipercayai mengalami serangan jantung di rumahnya sebelum disahkan meninggal.”
“Kami berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang khabar angin yang melukakan hati ahli keluarga mendiang,” katanya memetik Soompi.
Wheesung memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 2002 dan berjaya meraih populariti menerusi lagunya Can’t I? menerusi album pertama iaitu Like A Movie.
Selain menyanyi, Wheesung juga merupakan penulis lirik dan sudah menghasilkan pelbagai lagu hit seperti Dance The Night Away (TWICE), Crazy Because of You (T-Ara), Heaven (Ailee) dan Sonata of Tempatation (Ivy). – Agensi
