Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    WHO adakan mesyuarat tergempar

    GENEVA, 14 FEB – Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata ia akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini selepas sekurang-kurangnya sembilan orang di Equatorial Guinea maut akibat demam pendarahan Marburg.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ‘akan mengadakan mesyuarat konsortium vaksin virus Marburg (MARVAC)’ pada pukul 3 petang, kata WHO.

    MARVAC termasuk wakil dari bidang penyelidikan dan pembangunan vaksin, bekerja untuk membangunkan vaksin menentang virus Marburg.

    Virus Marburg adalah patogen amat berisiko yang menyebabkan demam teruk, sering diiringi oleh pendarahan dan kerosakan organ.

    Ia membentuk sebahagian daripada keluarga filovirus yang juga termasuk virus Ebola, yang telah mencetuskan beberapa wabak di Afrika sebelum ini.

    Pengumuman hari ini keluar selepas Menteri Kesihatan Equatorial Guinea, Mitoha Ondo’o Ayekaba berkata lewat semalam sembilan orang telah terbunuh dalam wabak pertama penyakit itu di negara tersebut.

    Beliau berkata amaran kesihatan telah diisytiharkan di wilayah Kie-Ntem dan di daerah jiran Mongomo, dengan ‘perintah berkurung dilaksanakan’ selepas berunding dengan WHO. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...