Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Wulong di Chongqing sasar jadi destinasi pelancongan dunia

    CHONGQING – Untuk terus memanfaatkan nilai jenama bagi Tapak Warisan Semula Jadi Dunia dan membina dengan lebih baik sebuah jambatan pertukaran bagi memperkenalkan Wulong kepada dunia, satu persidangan untuk meraikan ulang tahun ke-15 kejayaan Wulong Karst dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Semula Jadi Dunia telah diadakan di Daerah Wulong, di Chongqing di barat daya China.

    Persidangan itu memberi tumpuan kepada perlindungan ketat, pewarisan berterusan dan penggunaan mapan bagi tapak berharga itu, menurut Jabatan Publisiti bagi Daerah Wulong, Perbandaran Chongqing.

    Wulong, yang terletak di bahagian hilir Sungai Wujiang di tenggara Chongqing, menikmati pengangkutan yang mudah seperti jalan raya, kereta api, laluan air dan lapangan terbang awam.

    Pada tahun 1994, yang ditanda dengan jelas dengan pembukaan Gua Furong kepada orang ramai, pelancongan Wulong telah mula berkembang. Pada tahun 2007, Wulong Karst menjadi Tapak Warisan Semula Jadi Dunia yang pertama di Chongqing. Pada tahun 2015, ia telah diberi penghormatan sebagai sebuah bandar raya contoh dalam pembangunan lestari oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    Pada tahun 2008, Wulong memulakan percubaan keusahawanan kedua mereka dalam pelancongan dengan matlamat utama untuk meningkatkan jumlah pelancong dan mengukuhkan ekonomi pelancongan. Pada masa ini, Daerah Wulong adalah sebuah Tapak Warisan Semula Jadi Dunia, sebuah pusat peranginan pelancongan negara, dan sebuah tarikan pelancong 5A negara, antara lain.

    Pada tahun 2007, Wulong Karst menjadi Tapak Warisan Semula Jadi Dunia yang pertama di Chongqing.

    “Wulong kekal teguh di dalam memanfaatkan warisan semula jadi itu untuk memperkasakan industri pelancongan, yang menyediakan satu contoh tempatan dalam mengubah dan menggunakan nilai warisan semula jadi untuk meningkatkan mata pencarian rakyat,” kata seorang pegawai kanan bagi Daerah Wulong.

    Wulong telah menerima 40.7 juta lawatan pada tahun 2021, 20 kali ganda berbanding tahun 2008, manakala pendapatan keseluruhan pelancongan mencecah 19.73 bilion yuan, 19.6 kali ganda berbanding tahun 2008.

    Pembangunan mapan bagi industri pelancongan di Wulong telah membawa faedah ekonomi, sosial dan ekologi yang besar, dengan membentuk satu interaksi bulat yang baik dengan perlindungan warisan semula jadi.

    Yuan Daoxian, seorang ahli akademik dengan Akademi Sains China, berkata dalam tempoh 15 tahun yang lalu, Wulong telah mengalami perubahan besar, dengan pencapaian sosial, ekonomi dan budaya yang mengagumkan. Ini berkait rapat dengan kejayaan kemasukan ke dalam Senarai Warisan Semula Jadi Dunia dan usaha Wulong dalam perlindungan dan pengurusan warisan.

    Dengan penstrataan dan individualisme bagi permintaan penggunaan pelancongan serta pengkhususan dan kecanggihan bagi model pembangunan pelancongan, industri pelancongan telah mengalami perubahan menyeluruh dan komprehensif.

    Untuk menyahut cabaran baharu dengan berkesan, pada Februari tahun ini, Daerah Wulong telah melancarkan percubaan keusahawanan ketiga dalam membangunkan pelancongan tempatan, yang memberi tumpuan ke arah menembusi arena global. Kerajaan tempatan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pembangunan Wulong menjadi sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia dan sebuah kawasan demonstrasi inovasi pembangunan hijau.

    Wulong telah membangunkan sebuah rancangan untuk membantu pelancongan tempatan menjadi global, dengan 165 projek pelancongan kebudayaan berjumlah 140.6 bilion yuan dalam nilai pelaburan.

    Pelan itu dicadangkan untuk membina enam rantaian industri, termasuk penyelidikan, sukan, seni, penjagaan kesihatan, perkahwinan dan perkhidmatan, dan menggalakkan integrasi mendalam bagi pelancongan dengan industri, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan moden.

    Kempen pembangunan pelancongan terbaharu bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan bilangan pelancong, tetapi untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan pelancongan, agar dapat mencapai kemakmuran bersama yang dipacukan oleh pelancongan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...