Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yamal penjaring termuda La Liga

    GRANADA, 9 OKT – Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal menjadi penjaring termuda dalam sejarah La Liga apabila dia menjaringkan gol menentang Granada kelmarin.

    Pemain sayap Sepanyol itu menjaringkan gol pada usia 16 tahun dan 87 hari, mengatasi rekod Fabrice Olinga dari Malaga, yang menjaringkan gol pada 16 tahun dan 98 hari pada 2012.

    Dengan Barcelona ketinggalan dua gol, Yamal membantu pasukannya kembali dalam permainan apabila Joao Felix menemuinya dan dia menjaringkan gol ke dalam gawang yang kosong dari jarak dekat sejurus sebelum separuh masa.

    Yamal melanjutkan kontraknya dengan Barcelona sehingga 2026 pada awal Oktober, dengan klausa pelepasan bernilai AS$1.06 bilion.

    Dia menjadi pemain termuda Barcelona yang membuat penampilan sulung pada usia 15 tahun dan 290 hari menentang Real Betis pada April musim lalu.

    Musim ini, Yamal menjadi pemain permulaan termuda La Liga pada abad ke-21, dan juga penyedia assist termuda dalam jangka masa yang sama.

    Bulan lalu, dia juga menjadi pemain dan penjaring gol termuda dalam sejarah Sepanyol ketika La Roja membelasah Georgia 7-1 dalam perlawanan kelayakan Euro 2024. – AFP

    Aksi Yamal semasa perlawanan antara Granada dan Barcelona di Stadium Los Carmanes di Granada, Sepanyol pada 8 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda