Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Yana Samsudin muntah-muntah, hamil anak ketiga?

    Mengalami sakit kepala dan muntah-muntah selepas membuat siaran langsung di laman Facebook, pelakon Yana Samsudin dibawa ke sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 1 pagi, hari ini bagi mendapatkan rawatan.

    Suaminya, Fadzil atau nama sebenarnya Fadzil Bahri Zahari berkata, doktor tidak memberitahu punca sebenar, namun pelakon itu diberikan suntikan bagi menghentikan muntah.

    “Dia mula sakit kepala sejak petang semalam tapi ingatkan biasa saja sebab kadang-kadang ada juga sakit kepala. Tapi bila dah malam, tengah buat FB live, dia mula muntah-muntah. Saya ingat biasa saja, buat lawak ucap tahniah dah hamil.

    “Tapi lama-kelamaan, tengok muka dia lemah dan penat, habis live dia terus terlelap. Pukul 1 pagi, saya bawa dia pergi hospital. Doktor pun tak dapat kesan dia sakit apa. Hanya bagi suntikan untuk hilangkan rasa nak muntah.

    “Kemungkinan perut masuk angin atau keracunan makanan, tak juga sebab ada dua orang makan makanan yang sama tapi tak ada apa pun,” kata Fadzil ketika dihubungi mStar.

    Terdahulu, Yana menerusi laman Instagram miliknya memuat naik foto dia sedang menjalani pemeriksaan tekanan darah akibat mengalami muntah-muntah.

    Menurut Yana, dia mula berasa kurang sihat sejak petang Sabtu.

    Dalam pada itu, Fadzil memberitahu dia tidak dapat mengetahui sama ada isterinya sedang hamil berikutan belum membuat sebarang pemeriksaan berkaitan itu.

    “Kami belum lagi buat pemeriksaan dia hamil atau tidak. Apa-apa pun, doakan la, mana tahu ada rezeki kami untuk dikurniakan anak lagi,” ujarnya. – Agensi

    Yana mengalami demam selepas muntah tanpa henti, suami syak hamil tapi tidak dapat dipastikan berikutan belum membuat sebarang pemeriksaan berkaitan itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...