Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan hormat

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada tiga perwakilan asing di negara ini secara berasingan di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

    Yang Berhormat Pehin telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak
    Republik Korea, Tuan Yang Terutama Kim Soung-Eun.

    Semasa kunjungan TYT Alok Amitabh Dimri, Yang Berhormat Pehin mengucapkan tahniah atas pelantikan Tuan Yang Terutama sebagai Pesuruhjaya Tinggi India yang baharu ke Brunei dan mengungkapkan rasa penghargaan atas hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua buah negara, terutamanya dalam bidang pendidikan dan perubatan.

    Sementara itu, dalam kunjungan hormat berasingan daripada TYT Dato’ Raja Reza, Yang Berhormat Pehin menyatakan harapan tulus agar hubungan dua hala yang rapat antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia akan dapat terus dipertingkatkan lagi.

    Dalam kunjungan hormat TYT Kim Soung-Eun pula, beliau begitu menghargai hubungan erat yang terjalin sejak sekian lama serta menyatakan bahawa Brunei dan Republik
    Korea bakal menyambut ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik kedua-dua buah negara pada 2024.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman semasa menerima kunjungan hormat daripada TYT Dato’ Raja Reza.
    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman menerima kunjungan hormat daripada TYT Alok Amitabh Dimri.
    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman semasa menerima kunjungan hormat TYT Kim Soung-Eun.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...