Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Bagi membantu mereka yang ditimpa musibah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Kandang Serambangun, Tutong, hari ini.
Sumbangan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Haji Musthapa bin Haji Matahir kepada ketua keluarga mangsa kejadian kebakaran yang berlaku pada 12 Mac lalu, Awang Mohd Haidi bin Muhammad Hilm.
Sumbangan ini dihasratkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.
Penyampaian sumbangan berkenaan adalah selaras dengan dasar penubuhan Yayasan untuk melaksanakan aktiviti kebajikan khususnya membantu mereka yang sangat memerlukannya.