Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Yoo Ah In disiasat Polis

    Yoo Ah In disahkan sedang disiasat polis kerana menggunakan propofol dadah terlarang, berita mengejutkan itu pertama kali disampaikan melalui siaran News9 dari TV Chosun.

    Bagaimanapun, dalam laporan awal, identiti orang yang disiasat pihak polis tidak dinyatakan. Berita itu hanya mengumumkan bahawa seorang pelakon terkenal Korea Selatan sedang disiasat kerana disyaki menggunakan propofol.

    Propofol adalah pil tidur dan anestetik, penggunaannya, selain untuk prosedur pembedahan, adalah haram.

    Ia menambah bahawa beberapa hari sebelum itu, Polis Metropolitan Seoul menyatakan bahawa mereka telah memanggil Yoo Ah In kerana disyaki melanggar Akta Kawalan Narkotik.

    Selain itu, pelakon itu juga dilaporkan tidak dibenarkan keluar negara, sehingga tidak dapat meninggalkan Korea Selatan. Rambut di badan pelakon Chicago Typewriter itu juga diperiksa oleh Institut Penyiasatan Saintifik Kebangsaan untuk mengesahkan penggunaan propofol.

    Agensi pelakon itu, United Artists Agency (UAA) turut mengesahkan situasi berkenaan.

    “Baru-baru ini, Yoo Ah In telah menjalani siasatan polis berhubung propofol. Beliau bekerjasama secara aktif dalam semua siasatan, dan kami merancang untuk menangani aspek yang menjadi perhatian secara proaktif,” kata wakil UAA itu.

    Agensi itu kemudiannya berkata, “Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan.”

    Reaksi orang ramai terhadap berita yang menimpa Yoo Ah In bercampur baur. Tidak sedikit yang mengesyaki, sejak berita awal itu disiarkan. – Agensi

    Yoo Ah In disiasat polis kerana menggunakan propofol dadah terlarang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...