Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Zain pertahankan Liyana Jasmay mangsa ‘face shaming’

    Pelakon Zain Saidin tampil mempertahankan Liyana Jasmay yang menjadi mangsa ‘face shaming’ disebabkan keberanian mempamerkan wajah tanpa secalit mekap dalam media sosial seperti yang viral, baru-baru ini.

    Zain menerusi sesi live di TikTok, dia perlu tampil membuat teguran kerana tindakan individu membuat ‘face shaming’ terhadap pelakon Pappadom itu sebagai tindakan salah.

    “Saya kena tegur benda ini kerana saya rasa benda ini salah. Ada yang persoalkan macam mana suami boleh suka kepadanya?

    “Mana boleh macam itu? Saya yakin suami Liyana tidak memandang kepada paras rupa, tetapi pakej keseluruhan.

    “Saya pasti tentu ada sesuatu istimewa kepada Liyana yang buatkan suaminya jatuh cinta dan dia cintakan isterinya kerana hati.

    “Kita orang Melayu berbudi bahasa, mulut kenalah jaga, tak perlu cakap macam tu… untuk apa?” katanya.

    Pada sesi berkenaan, Zain berharap Liyana tidak mengambil pusing kata-kata netizen kerana menyifatkan pelakon itu memiliki kecantikan tersendiri.

    “Saya tak berat sebelah. Walaupun Liyana tak suka kepada saya sebelum ini, tapi saya harap dia kuat.

    “Jangan ambil pusing apa yang orang kata kerana awak memiliki kecantikan yang tersendiri,” katanya.

    Dalam pada itu, Zain mendedahkan perkara sama pernah dilalui apabila memilih wanita lebih berusia sebagai pasangan hidup.

    Zain bagaimanapun tidak menafikan pada mulanya tertarik kepada paras rupa isteri, Rozita Che Wan atau Che Ta.

    Bagaimanapun, katanya, dia mula menyedari rupa paras jatuh nombor dua dan lebih tertarik kepada budi bahasa dan hati selepas mengenalinya dengan lebih rapat. – Agensi

    Zain berharap Liyana tidak mengambil pusing kata-kata warganet kerana menyifatkan pelakon itu memiliki kecantikan tersendiri. – New Straits Times
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...