Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Zii Jia buat rayu penggantungan dua tahun

    KUALA LUMPUR, 24 JAN – Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia, Lee Zii Jia telah merayu kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM)  terhadap keputusan Majlis BAM menggantung beliau daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa.   

    BAM menerusi satu kenyataan hari ini berkata rayuan Zii Jia itu diterima pihaknya hari ini dan sebagai badan yang menjaga kepentingan sukan badminton negara ia sedang meneliti perkara itu yang memerlukan tindakan segera bagi mencari penyelesaian secara berbaik-baik selepas Juara All England 2021 memutuskan untuk meninggalkan BAM sebelum tiba masanya.

    Badan pentadbir badminton ne-gara itu berkata keputusan untuk tidak mendaftarkan pemain nombor tujuh dunia itu untuk kejohanan antarabangsa selama dua tahun bermula 18 Januari lepas  memberikan kesan mendalam bukan hanya kepada fraterniti sukan badminton tetapi juga kepada rakyat Malaysia.

    “Kami menyedari sepenuhnya kemarahan dan kekecewaan yang dicurahkan dan kami memahami sepenuhnya kekecewaan yang di-nyatakan terhadap BAM. Keadaan ini adalah amat mencabar dan mendapat perhatian daripada semua pihak, ahli politik dan pemain antarabangsa.

    “Kami menghargai semua ulasan, kritikan dan keseluruhan maklum balas ditujukan kepada kami. Kami mengambil maklum sentimen  penuh semangat yang diutarakan rakyat Malaysia.  BAM di sini untuk melindungi bukan sahaja sukan itu tetapi pemain, nilai dan standard yang terbaik untuk mewakili negara tercinta. 

    “Tindakan Majlis BAM adalah berdasarkan prosedur rasmi dengan maklumat yang dikemukakan kepada mereka. Bagaimanapun, adalah penting untuk diingatkan keputusan itu masih lagi boleh dirayu,” kata BAM. – Bernama

    Logo BAM dirakamkan ketika tinjauan selepas sidang media di Akademi Badminton Negara (Malaysia) berkaitan pengunduran pemain badminton Lee Zii Jia dari BAM. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...