Saturday, January 4, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zoo Mexico City rai ulang tahun ke-100

    MEXICO CITY, 7 JULAI – Beratus-ratus orang kelmarin meraikan ulang tahun ke-100 Zoo Chapultepec di Mexico City dengan perarakan kostum yang menampilkan kumpulan singa dan kanak-kanak yang berpakaian seperti burung atau rama-rama.

    Terdapat orang lain yang berpakaian seperti burung kakak tua yang menari, kuda belang akrobatik dan ada juga monyet yang memukul gendang di zoo Chapultepec, yang ditubuhkan pada tahun 1923 di taman bandar dengan nama yang sama.

    Zoo yang terkenal ini menarik kira-kira 5 juta pengunjung setiap tahun.

    Tetapi ia tidak terlepas daripada cabaran.

    Doktor Gigi, Diana Godínez mengangkat sepanduk bertulis: “Haiwan di zoo memerlukan habitat yang lebih baik dan rawatan yang lebih baik.”

    Menggambarkan perubahan dalam falsafah zoo selama ini, zoo berkenaan telah berubah daripada satu tempat penyimpanan haiwan yang mudah. Fernando Gual Sill berkata zoo tersebut kini merupakan ‘pusat pemuliharaan hidupan liar’ yang melindungi spesies terancam. – AP

    Pelakon mengenakan kostum singa bergambar dengan pelawat semasa perarakan menandakan ulang tahun ke-100 Zoo Chapultepec di Mexico City, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda