Sunday, January 5, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 juta orang di Gaza perlu tempat berlindung sebelum musim sejuk

    GENEVA, 26 SEPT – Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak perumahan kelmarin menyatakan bahawa sejuta orang di Gaza memerlukan tempat perlindungan segera sebelum tiba musim sejuk.

    “Sejuta orang di Gaza memerlukan bekalan tempat perlindungan yang mendesak sebelum musim sejuk tiba. Tindakan segera diperlukan!,” kata Balakrishnan Rajagopal di platform X.

    Israel terus melancarkan serangan kejam terhadap Gaza sejak Oktober tahun lalu, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera.

    Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, hampir 41,500 orang terbunuh manakala lebih 96,000 cedera sejak itu.

    Serangan Israel menyebabkan hampir keseluruhan penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal, di tengah-tengah sekatan berterusan yang menyebabkan kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang teruk.

    Israel kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza. – Bernama

    Penduduk Palestin melihat kemusnahan selepas serangan udara Israel ke atas kem khemah di Muwasi, Semenanjung Gaza pada 10 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda