Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 tentera, 4 militan maut dalam operasi

    ISLAMABAD, 1 JAN – Satu operasi ketenteraan di barat laut Pakistan yang menyasarkan militan telah mencetuskan pertempuran yang mengakibatkan seorang tentera dan empat pejuang terbunuh, menurut media hari ini.

    Operasi dijalankan beberapa minggu selepas tahanan Taliban Pakistan (TTP) menawan pusat antikeganasan di barat laut, merampas senjata polis, mengambil tebusan dan mengawal kemudahan.

    Tiada laporan segera menyatakan sama ada empat orang militan yang terbunuh lewat kelmarin merupakan anggota TTP.

    Operasi di Jani Khel, kawasan Bannu di wilayah Khyber Paktunkhwa menyasarkan militan yang terlibat dalam serangan ke atas pasukan keselamatan dan awam, menurut pihak tentera. Senjata dan peluru berjaya dirampas daripada keempat-empat militan yang terkorban selepas kejadian berbalas tembakan. – AP

    Seorang pegawai tentera berdiri mengawal keadaan di barat laut Pakistan. Satu operasi ketenteraan yang menyasarkan militan telah mengakibatkan seorang tentera dan empat pejuang terbunuh.- Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda