Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 buah keluarga kurang berkemampuan terus dipeduli

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL –Bank Baiduri pada tahun ini sekali lagi menganjurkan acara membeli-belah dan diselajurkan dengan berbuka puasa bagi 10 buah keluarga yang kurang berkemampuan dari Daerah Temburong menerusi inisiatif CSR Let’s Give Back This Ramadan yang berlangsung di Hua Ho One City, hari ini.

    Keluarga-keluarga yang terpilih berkenaan dikenal pasti melalui Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) Brunei dan acara berkenaan turut dijayakan dengan kerjasama Dart Brunei dan MKM Brunei.

    Antara tujuan utama acara seumpamanya adalah bagi meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan di keempat-empat daerah dalam penyediaan barangan keperluan rumah dan asasi mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

    Hadir semasa acara berkenaan ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Manuel Bulens yang berkata, acara berkenaan diharap dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dan memberikan kelegaan kepada mereka terutamanya menjelang perayaan Hari Raya.

    Beliau turut menjelaskan bahawa usaha berkenaan sejajar dengan misi Bank Baiduri dalam memperkayakan, memperkasa dan menghubung masyarakat.

    Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Interim Dart Brunei, Keeran Dato Janin menyatakan keterujaannya menjadi sebahagian daripada inisiatif Baiduri tersebut bagi menyumbang kembali kepada masyarakat.

    Majlis berkenaan diakhiri dengan berbuka puasa di Restoran All Season, One City bagi keluarga yang diraikan tersebut bersama-sama ahli media serta sukarelawan Bank Baiduri yang terlibat dalam menjayakan acara berkenaan.

    Acara selanjutnya akan diadakan di Daerah Belait pada 22 April depan.

    Antara keluarga-keluarga yang mengikuti acara membeli-belah yang diadakan di Hua Ho One City, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda