Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi

    LOS ANGELES, 18 OKT – Lebih 10 juta penduduk California kelmarin menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.

    Pada 10:17 pagi waktu tempatan kelmarin, penduduk California berhenti melakukan aktiviti harian mereka dan melaksanakan latihan ‘tiarap, berlindung dan bertahan’ serta tindakan perlindungan diri lain sekiranya gempa bumi besar melanda.

    Lebih 10.5 juta peserta mendaftar untuk latihan yang dinamakan Great California ShakeOut, menurut laman web penganjur.

    Latihan itu diadakan bertepatan dengan ulang tahun ke-35 gempa bumi Loma Prieta 1989, satu daripada bencana paling dahsyat dalam sejarah negeri itu.

    Pejabat Perkhidmatan Kecemasan Gabenor California (Cal OES) meminta penduduk bersedia menghadapi kemungkinan gempa bumi kuat di masa depan dengan menyertai latihan itu.

    “Latihan ‘tiarap, berlindung dan bertahan’ yang kita lakukan setiap tahun pada Hari Great California ShakeOut membantu kita mempersiapkan diri, keluarga, bilik darjah dan perniagaan untuk menghadapi gempa bumi,” kata Lori Nezhura, timbalan pengarah Perancangan dan Kesiapsiagaan di Cal OES. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda