Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 lagi tersenarai dalam Alert List

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Sebanyak 10 syarikat atau individu telah dimasukkan lagi ke dalam Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) bagi Jun 2024.

    Dalam kenyataannya yang dikeluarkan oleh BDCB, di sini, BDCB memaklumkan bahawa individu, syarikat atau entiti yang dimasukkan dalam senarai berkenaan ialah Agent Alisya (Mariyah Alisya Maisarah) / 7265021; Ahmin Brunei XM Trader / 7131468; Azmi Johari Brunei XM Trader / 7144331 / 8992810; GatewayMegaLendingLLC; Grand CapitalFX; Izzul Hsb Trader Bn / 8651830 / 8906521; Orbi_global_limited / Orbi_glo / 8977432 / 7145990; Public_loan_brunei; Syarikat Azrah (FB profile) / 8317313; dan 8807904.

    BDCB menerangkan bahawa Alert List BDCB merupakan senarai entiti-entiti iaitu syarikat dan individu yang berdasarkan maklumat yang tersedia kepada BDCB pada masa penerbitan, mungkin atau berkemungkinan telah disalah anggap sebagai dilesenkan atau diberikan kebenaran dan kelulusan atau dikawal selia oleh BDCB.

    Senarai itu, adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti entiti berkenaan.

    BDCB juga menyatakan bahawa Alert List BDCB yang telah dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawang BDCB.

    Orang ramai dinasihatkan supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Antara perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang. Orang ramai juga diingatkan bahawa perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan entiti, syarikat atau individu yang tidak berlesen atau dikawal selia oleh BDCB.

    Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang BDCB, www.bdcb.gov.bn atau Instagram @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda